Thursday 3 September 2015

Ada yang menanti..itu rahsia ALLAH

Kadang kala kita ni sering rasa tak puas hati dan kecewa kerana apa yang kita harapkan tak dapat.. rasa putus asa dan kadang terfikir Allah tidak adil dan kenapa kita je yg selalu diuji...

Bersabarlah.....
Anggaplah ia satu dugaan atau balasan terhadap kita di atas dosa2 kita yang lepas.

Fikir positif. Fikir kalau kita tak dapat di dunia mungkin Allah gantikan di Syurga kelak. Yang penting kena selalu fikir mungkin ada hikmah atas apa yg berlaku.

Kalau saya, saya fikir mungkin ni lah balasan ku dan mungkin Allah akan berikan di Syurga nanti, tidak di dunia... hanya Dia yang tahu..

Wasalam.

Wednesday 2 September 2015

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum sahabat...

Dengan nama ALLAH SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.

Saya sebagai insan kerdil menulis blog ini bukanlah mengejar popular dan followers.
Cuma untuk menukil apa yg terbuku di hati dan tidaklah sampai ke hal2 peribadi yang melampau.

Sedikit coretan mudah2an meninggalkan kesan kepada kita semua sebagai hamba ALLAH SWT.

Amin.